SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu sedang mengesan seorang lelaki warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes SPRM.
Menurut kenyataan SPRM, Abdul Ahad Khan, 49, pemegang pasport bernombor EE0016735 BGD, alamat terakhir di No 150-3-6, Villa Flora Condominium, TTDI, Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penguasa Nur Athikah Aziz di talian 017-3432923/ 09-6301920 atau emel kepada [email protected]. – Malaysiapost

