Selangor catat negeri paling tinggi jenayah seks luar tabii

0
1
KUALA LUMPUR, 29 Sept -- Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang ketika sesi soal jawab pada Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Selangor catat negeri paling tinggi jenayah seks luar tabii

[PARLIMEN] TERDAPAT 287 kes seks luar tabii direkodkan antara 2019 dan November tahun ini.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff yang berkata, Selangor merekodkan kes paling tinggi iaitu 94 kes luar tabii.

Beliau berkata, Kuala Lumpur di tempat kedua dengan merekodkan 39 kes, diikuti Johor (37), Sabah (18) dan Sarawak (17).

“Berdasarkan perangkaan polis, terdapat 287 kes membabitkan jenayah seks luar tabii membabitkan golongan berumur 18 tahun antara 2019 dan November tahun ini,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Siti Zailah berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang meminta kementerian mendedahkan statistik seks luar tabii membabitkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan belia atau remaja bawah umur.

Siti Zailah menambah, terdapat 290 mangsa, di mana 208 mangsa berusia bawah 16 tahun, manakala 82 mangsa berusia antara 16 tahun hingga 18 tahun.

“Bagi pecahan berdasarkan jantina, 114 daripadanya adalah lelaki dan 176 daripadanya adalah perempuan,” katanya.

Beliau berkata, kementerian sentiasa memandang serius isu-isu berkaitan seksual dalam kalangan orang ramai khususnya berkaitan kanak-kanak dan wanita.

“Kes rogol, seks bawah umur dan sumbang mahram adalah jenayah serius dan berat yang memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk mencegah isu tersebut,” katanya.

Siti Zailah turut menjelaskan, kementeriannya telah merangka beberapa pelan strategik jangka panjang dan jawatankuasa untuk menangani perkara berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here