Kes baharu Covid-19 bawah 4,000

0
1
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

SEBANYAK 3,900 kes baharu Covid-19 direkodkan, hari ini.

Angka terbaharu itu menunjukkan penurunan berbanding jumlah kes yang dicatatkan semalam, iaitu 4,097 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,703,140 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan bahawa maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW, https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here