Jakim bincang isu kelewatan pensijilan halal – Idris Ahmad

0
1
https://www.facebook.com/photo/?fbid=240298871471763&set=pb.100064749544314.-2207520000..

ISU kelewatan pengeluaran sijil halal akan diselesaikan secepat mungkin dan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan berbincang dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mengenainya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad, berkata perbincangan dua hala akan dilakukan bagi melihat situasi sebenar isu berkenaan.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar yang menyampaikan luahan usahawan-usahawan dalam proses pensijilan halal yang terlalu lambat.

“Terima kasih di atas pandangan daripada Menteri MEDAC mengenai isu pensijilan halal ini.

“Saya telah mengarahkan Jakim untuk mengadakan perbincangan dua hala dengan MEDAC melihat situasi sebenar dengan sesegera mungkin.

“Saya meraikan sebarang komentar penambahbaikan untuk agensi-agensi hal ehwal Islam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Noh, pada 9 Disember lalu dilaporkan berkata, walaupun permohonan pensijilan halal telah dihantar, namun proses sijil terlalu lama hingga lima ke enam bulan masih tidak dapat sijil halal.

Menurutnya, MEDAC telah banyak menyediakan program-program pensijilan halal, namun apa gunanya jika pengeluar sijil halal tiada tindakan yang cepat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here