41 pelajar Politeknik Nilai positif Covid-19

0
1
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

SERAMAI 41 pelajar Politeknik Nilai, Negeri Sembilan disahkan positif Covid-19 membabitkan kluster baharu, iaitu Kluster Persiaran Pendidikan Nilai yang dilaporkan sejak 8 Disember lalu.

Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, setakat jam 12 tengahari hari ini, jumlah saringan yang dilakukan adalah sebanyak 440.

“Daripada jumlah tersebut seramai 41 pelajar disahkan positif wabak itu manakala 399 lagi adalah negatif

“Seramai 10 pelajar yang positif dihantar untuk menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Tampin, seorang menerima rawatan di hospital, manakala selebihnya adalah di blok asrama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, seramai 38 kontak rapat telah diasingkan di blok asrama yang berbeza

Menurutnya, sebanyak 11 kes pertama dikesan melalui saringan bersasar pelajar-pelajar menggunakan kit ujian pantas (RTK) antigen pada 3 hingga 6 Disember lalu.

“Daripada 11 kes tersebut, seramai 36 kontak rapat dikesan dan keseluruhan 19 kes positif direkodkan daripada 36 kontak rapat terbabit,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here