PRN Sarawak: 67% mengundi awal setakat 12 tengah hari

0
1

SERAMAI 23,043 pengundi awal atau 67 peratus pengundi awal sudah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, setakat jam 12 tengah hari tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan mereka terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan.

Lebih 80 pusat pengundi awal bagi PRN Sarawak mula dibuka pada jam 7.30 pagi bagi membolehkan pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka.

Pengundian awal membabitkan 12,585 anggota dan pegawai tentera serta pasangan, dan 10,458 anggota serta pegawai polis dan pasangan.

Pengundian itu dijangka dilaksanakan sehingga 5 petang ini.

Terdahulu, proses penamaan calon bagi PRN Sarawak berlangsung pada 6 Disember lalu dengan penguatkusaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

SPR mengesahkan menerima 349 kertas penamaan calon yang layak bertanding bagi PRN Sarawak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here