Pembantu Aliff Syukri bida aset Sajat?

0
1

HANGAT di alam maya mendakwa lelaki yang menghilangkan diri selepas membuat bidaan tertinggi RM132,000 dalam lelongan aset milik usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur sajay adalah pembantu perubadi Datuk Seri Aliff Syukri.

Spekulasi itu timbul selepas seorang pengguna Facebook, KJ Nilam berkongsikan tangkap layar satu artikel menunjukkan nama pembida itu yang membawa kepada pencarian empunya nama Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol.

Tinjauan Malaysiapost di ruang komen pemilik FB itu, mendapati rata-rata mereka mendakwa Mohammad Syazwan adalah pembantu peribadi kepada usahawan kosmetik terkenal itu, selepas beberapa bukti daripada media sosial memaparkan nama yang sama dan gambar lelaki itu bersama usahawa Aliff.

Terdahulu media melaporkan peguam Nurul Hafidzah Hassan memberitahu lelaki bernama Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol itu tidak memunculkan selepas memberi alasan keluar untuk melakukan bank draf setelah tamat sesi bidaan.

Disebabkan perkara itu, Nurul Hafidzah berkata, lelongan berkenaan akan berlangsung sekali lagi pada minggu hadapan di Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya.

“Pembida itu kata wang tunai dia di rumah, jadi kami kata bagi sahaja bank draf dahulu tapi sampai sekarang dia tak muncul.

“Padahal bank draf kejap saja, kita syak pembida ini orang rapat kepada seorang lagi usahawan terkenal. Jadi bidaan gagal dan sesi lelongan akan dibuka semula minggu depan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, lelaki terbabit tidak menandatangani apa-apa kontrak malah timbul spekulasi individu itu dihantar pihak lain untuk menangguh lelongan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here