Masyarakat Cina guna penyepit, tidak tepat lagi Tun – Shahrir

0
1
shahrir samad

VETERAN Umno, Tan Sri Shahrir Abdul Samad tidak bersetuju dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggunakan analogi penggunaan penyepit oleh masyarakat Cina.

“Maaf Tun, tidak tepat (kenyataan) itu. Dulu-dulu mungkinlah.

“Sekarang ni dah lama kita menikmati berbagai makanan, dan apa yang kita makan akan menentukan bagaimana kita makan.

“Kalau makan burger, kita semua makan gunakan tangan. Tak kira bangsa atau keturunan.

Begitu juga kalau makan pizza. Susah pakai garpu dan pisau. Apa lagi kalau pakai chopsticks. Kita lagi senang pakai tangan je,” katanya menerusi Facebook.

Jelasnya, tidak kira bangsa, semua kini mengikut citarasa masing-masing dan bergantung kepada makanan itu sama ada sesuai menggunakan tangan atau penyepit.

“Kalau makan Jepun atau Korean, orang Melayu pun pakai chopsticks – kayu bila makan Jepun, besi bila makan Korean – ataupun sudu gerapu kalau tak berapa biasa dengan chopsticks.

“Dulu lain lah. Orang Malaysia pun dah lain,” katanya.

Semalam, Dr Mahathir berkata, orang Cina telah mengekalkan budaya dan cara hidup mereka di Malaysia, dengan menyebut penggunaan penyepit, bukannya “mengguna pakai cara rakyat Malaysia” dengan tangan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here