Bas ekspres rempuh 10 kenderaan

0
1

SEBUAH bas ekspres dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh hampir 10 kenderaan di Kilometer 139.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan berdekatan Perai, petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 2 petang itu tular di platform media sosial termasuk Facebook, yang memaparkan detik sebelum kejadian cemas itu berlaku.

Menerusi perkongsian itu, bas ekspres yang berada di lorong kanan tiba-tiba dalam keadaan terhuyung-hayang.

Tidak lama kemudian, bas yang dipandu pemandu yang belum dikenal pasti identitinya itu melanggar belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum dilihat merempuh beberapa kenderaan lain.

Difahamkan, 10 kenderaan telah dirempuh.

Susulan kejadian itu menyebabkan berlaku kesesakan trafik kira-kira 15 kilometer sehingga ke Plaza Tol Sungai Dua.

Setakat ini, polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian itu.

Berikutan itu, tidak dapat dipastikan jumlah mangsa termasuk mereka yang mengalami kecederaan akibat insiden berkenaan.

Sementara itu, jurucakap PLUS mengesahkan berlaku kemalangan berkenaan hingga menyebabkan kesesakan trafik.

“Siasatan kemalangan itu dijalankan polis dan aliran trafik kembali lancar sekitar jam 4.50 petang,” katanya seperti dilapor Berita Harian. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here