Banyak urusan belum selesai, tak perlu tergesa-gesa adakan PRU15 – PM

0
1

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak perlu tergesa-gesa diadakan kerana masih banyak ‘urusan belum selesai’. 

Beliau berkata, ia termasuklah segala usaha negara yang sedang menuju keluar daripada krisis pandemik Covid-19 disamping memastikan kestabilan politik sentiasa berkekalan. 

Menurutnya, beliau tidak berniat menangguhkan pilihan raya hanya untuk terus kekal memegang kuasa sebagai Perdana Menteri, sebaliknya memastikan keperluan rakyat termasuk yang tinggal di kawasan luar bandar terbela.

“Kita (Umno) perlu bersiap sedia untuk memastikan kemenangan (PRU15). Pergi berperang dengan tidak bersedia sudah tentu akan mendatangkan masalah.

“Adakah kita benar-benar bersedia untuk menghadapi PRU15, sebab itu saya kata kita perlu bersabar, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan secara serentak mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Bera, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here