Wanita tular persenda OKU mohan maaf, akui kekhilafan

0
1

SELEPAS menerima kecaman hebat pelbagai pihak, wanita yang tular kerana mempersendakan golongan orang kurang upaya (OKU) tampil memohon maaf.

Menerusi hantaran di Instagramnya malam tadi, wanita itu membuat permohonan maaf malam selepas menyedari video berkenaan tular dan mendapat perhatian warga netizen.

Menurut wanita itu, dia memohon maaf atas kekhilafannya, selainmenjelaskan mereka tidak berniat untuk menghina mana-mana pihak.

“Assalamualaikum semua, saya memohon maaf atas khilaf yang video tersebar. Saya memohon maaf kepada semua.

“Lillahitaala tiada niat apa-apa, menghina jauh sekali,” katanya.

Malah, individu berkenaan turut berjanji akan menjadi lebih baik dan tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.

“Sesungguhnya di balik kata maaf, ada janji untuk menjadi lebih baik dan tak mengulangi kesalahan yang sama.

“Dengan ini lagi sekali saya memohon maaf kepada semua, yang buruk datang dari saya, yang baik datang dari Allah taala,” ujarnya.

Terdahulu, tular video memaparkan sekumpulan wanita berbasikal yang dilihat mengajuk fizikal OKU ketika masuk ke dalam tandas untuk golongan itu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh j0ker896 di aplikasi TikTok, memaparkan dua wanita yang dipercayai penunggang basikal berlakon seperti OKU untuk masuk ke dalam tandas yang dikhaskan untuk golongan berkenaan.

Dalam video itu juga, turut kelihatan kedua-duanya bergelak ketawa dan berlakon seperti mengalami kecacatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here