Menteri Agama kagum kerja dakwah Ayahanda Rani Kulop

0
1

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad menzahirkan rasa hormat kepada aktivis Abdul Rani Kulop yang mesra dengan panggilan Ayahanda.

Ini kerana katanya, Abdul Rani dan pasukannya bukan sahaja terlibat dalam aktiviti kebajikan, malah aktif melaksanakan usaha-usaha dakwah.

“Melihat susuk tubuh ini, saya percaya setiap orang ada sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

“Beliau dan seluruh pasukannya ada cara tersendiri untuk menggerakkan pelbagai isu yang melibatkan kebajikan, isu agama dan pelbagai lagi. Apatah lagi wataknya yang bersahaja.

“Dan setahu saya, sudah ramai telah masuk Islam dengan usaha dakwah yang dibawa beliau. Kehadiran beliau di sini juga membawa dua orang lagi saudara baru untuk kembali ke fitrah syahadahnya,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Justeru Idris berkata beliau mendoakan agar Abdul Rani dan rakan-rakan seperjuangannya dijaga Allah dan diberi kemudahan dengan apa bentuk usaha murni dilaksanakannya.

Idris menjelaskan beliau terserempak Abdul Rani selepas pertemuan dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here