SEBANYAK 28 kompaun dengan nilai RM140,000 telah dikeluarkan ke atas pengunjung sebuah pusat hiburan di ibu kota Kuala Lumpur lewat malam tadi susulan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN)
Turut dikenakan kompaun dalam Operasi Pematuhan Khas Covid-19 itu adalah adalah pemilik premis hiburan yang dikenakan kompaun berjumlah RM25,000.
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur Datuk Azman Ayob, berkata serbuan dijalankan pasukan terdiri daripada 18 pegawai dan anggota JPJKK Kuala Lumpur.

“Sebanyak 28 kompaun dengan nilai RM140,000 telah dikeluarkan ke atas pengunjung manakala satu kompaun bernilai RM25,000 dikeluarkan ke atas pemilik premis.
“Kompaun-kompauan tersebut dikeluarkan mengikut Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengalawan PPN 4 2021 (Melakukan aktiviti terlarang dalam pun dan kelab malam) semasa tempoh PPN Fasa 4 bagi Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, nilai keseluruhan kompaun dikeluarkan hasil serbuan itu adalah berjumlah RM165,000.
“Operasi seperti ini akan terus dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa dalam usaha mengawal penularan wabak Covid-19 di kalangan warga Kuala Lumpur khususnya,” katanya. – Malaysiapost

