MB Kedah paling ‘lok lak’ – Puad

0
1

SEORANG pemimpin Umno hari ini menyifatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Menteri Besar paling ‘lok lak’.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi turut menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow lebih baik berbanding Muhammed Sanusi.

Malah Puad menyifatkan tingkah laku Muhammad Sanusi tidak sepadan dengan parti PAS diwakilinya.

“Baik lagi CM (Ketua Menteri) Penang dari MB Kedah. Ramai kata, dulu, kini dan selamanya MB paling “lok lak” ialah MB Kedah sekarang.

“Bahasanya, sikapnya dan tingkah lakunya semua “lok lak”. Tak padan dengan nama partinya PAS. Kaki gaduh,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan punca Mohd Puad secara tiba-tiba ‘menyerang’ Muhammad Sanusi menerusi media sosial. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here