KES harian Covid-19 kekal pada angka 4,000 tiga hari berturut-turut apabila mencatatkan 4,965 kes baharu hari ini.
Bagaimanapun angka itu menunjukkan peningkatan berbanding 4,262 kes, semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini adalah 2,667,999 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini. – Malaysiapost

