
KES harian Covid-19 kekal pada angka 4,000 tiga hari berturut-turut apabila mencatatkan 4,262 kes baharu hari ini.
Angka itu menunjukkan penurunan sebanyak 36 kes, berbanding 4,298 kes, semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini adalah 2,664,034 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini. – Malaysiapost
