KPPUM anjur majlis bacaan Yassin, solat hajat untuk Najib

0
1

TIMBALAN Presiden Kelab Pendokong Penyatuan Ummah Malaysia (KPPUM), Datuk Zamil Ibrahim berkata beliau berharap kemenangan akan berpihak kepada Datuk Seri Najib Razak berhubung rayuan pertuduhan kes dana SRC International Sdn Bhd (SRC) terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Serentak dengan itu, pihaknya akan menganjurkan majlis bacaan Yassin dan solat hajat di seluruh negara selepas Maghrib, Selasa ini.

“Mendoakan agar Datuk Seri Najib bebas dari segala tuduhan yang dilemparkan keatasnya di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 8 Disember nanti.

“Semoga kemenangan akan berpihak kepada beliau. Sama-sama kita mendoakan kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan kepada beliau,” katanya.

Terdahulu, rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman dikenakan terhadapnya membabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC akan diputuskan Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 8 Disember ini.

Rayuan Najib akan diputuskan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera pada jam 9 pagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here