Tiada jentera BN di PRN Sarawak, GPS tidak perlu campur tangan luar – Tok Mat

0
1

BARISAN Nasional (BN) memaklumkan tidak akan menurunkan jenteranya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan yang berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak memerlukan ‘campur tangan luar’ kerana pemimpin-pemimpinnya cukup berkemampuan untuk memperolehi kepercayaan rakyat Sarawak.

“Tetapi jika ada keperluan untuk beberapa orang pemimpin BN untuk membantu, kami akan sentiasa ada di sini.

“Tetapi buat masa ini, tidak, kerana kami rasakan kepimpinan GPS adalah terbaik untuk mengendalikan Pilihan Raya Negeri ini dan mendapat kepercayaan daripada rakyat Sarawak sendiri,” katanya dalam sidang media di Hotel Hilton Kuching, Sarawak, hari ini.

Turut hadir bersama Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan.

BN hari ini menyatakan pendirian secara rasmi tidak akan menyertai PRN Sarawak untuk memberi laluan kepada GPS.

Sehubungan itu, dalam sidang media sama, Mohamad menegaskan tidak membenarkan mana-mana pihak menggunakan lambang dacing yang sinonim dengan parti itu PRN berkenaan.

Beliau berkata, BN akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya terdapat parti politik atau individu menggunakan lambang berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here