POLIS memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan empat saksi penting dalam satu kes yang disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian.
Saksi yang alamat terakhirnya di Johor Bahru, Johor dikenali S Thiaga Rajan, 37, beralamat di Rumah Pangsa Serantau Baru Larkin; S Sivanathan, 33, beralamat di Jalan Kebun Teh; M Kaliamah, 55, dan K Tamiselvan, 60, yang kedua-duanya beralamat di Kondominium Larkin Utama.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan dalam satu kenyataan, hari ini turut menyiarkan gambar keempat-empat saksi berkenaan yang berusia 33 hingga 60 tahun.

“PDRM IPD Johor Bahru Selatan memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan empat orang saksi yang merupakan saksi terpenting dalam satu kes yang disiasat di bawah seksyen 304A Kanun Keseksaan.

“Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat atau mengenali saksi berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Muhammad Afdhal Mat Saupi di talian 013 771 1152 ,” menurut kenyataan itu.
Orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07 2182 323 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.-Malaysiapost


