Pengasas aplikasi MyCar meninggal dunia

0
1
https://www.facebook.com/PertubuhanGenerasiDigitalMedia/photos/pcb.277784757623107/277783734289876

PENGASAS aplikasi e-hailing MyCar, Mohd Noah Maideen meninggal dunia pagi tadi.

Pemergian usahawan itu dimaklumkan menerusi laman Facebook Pertubuhan Generasi Digital Media (PGDM)

“Assalamualaikum wbt..kami mendapat perkhabaran duka bahawa pengasas MyCar, Tn (tuan) Mohd Noah Maideen telah meninggal dunia pagi ini.

“Allahyarham Tn Noah sering menghulurkan bantuan kepada bekas petugas media dan PGDM juga sudah beberapa kali mengadakan kolaborasi bersama syarikat MyCar untuk mengadakan program sumbangan/ kebajikan.

“Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat Allahyarham Tn Noah..Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin,” kata hantaran itu.

Untuk rekod, MyCar adalah syarikat e-hailing kedua terbesar yang paling ramai pengguna di seluruh Malaysia.

MyCar adalah aplikasi yang dibangunkan oleh muslim dan seratus peratus diusahakan oleh anak tempatan.

MyCar yang digerakkan oleh 65,000 pemandu dan lebih 1.2 juta pengguna yang berdaftar di bawah nya, adalah platform e-hailing yang paling pesat berkembang selepas Grab. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here