Salahuddin selar KPDNHEP angkuh, sombong

0
1

TIMBALAN Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub menyelar tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengendalikan isu kenaikan harga barang.

Menerusi hantaran Facebooknya, beliau turut menyifatkan kementerian berkenaan ‘angkuh dan sombong’ susulan kenyataan KPDNHEP yang meminta pengguna membuat aduan rasmi mengenai kenaikan harga barang dan bukan hanya ‘rancak’ di media sosial.

Menurut bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu, KPDNHEP seharusnya cakna dan turun padang untuk memantau isu kenaikan harga barang dan bukan bertindak selepas ia tular di media sosial.

“Angkuh dan sombong. Pihak kementerian harus cakna turun padang dan bertindak secara efisyen apabila aduan telah tular di media sosial bukan hanya tunggu bila ada aduan rasmi,” katanya.

Dalam hantaran sama, Salahuddin memuat naik tangkap layar kenyataan dipercayai menerusi akaun Facebook KPDNHEP Laman Rasmi yang meminta rakyat membuat aduan rasmi mengenai isu harga barang.

“Buatlah aduan rasmi jika ada kedai yang menjual harga barang yang naik mendadak dan lampirkan segala bukti yang lengkap seperti gambar resit pembelian dan alamat premis.

“Jangan hanya rancak di media sosial jika tiada bukti yang lengkap. Jadilah pengguna yang bijak!,” tulis KPDNHEP.

Bagaimanapun, carian di laman Facebook berkenaan, tidak menemui hantaran yang dipercayai dimuatnaik tiga hari lalu, dipercayai sudah dipadamkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here