Lelaki bogel panjat hadapan lori sakit mental – Polis

0
1

POLIS mengesahkan seorang lelaki yang berbogel dan memanjat bahagian depan sebuah lori ala ‘Spiderman’ semalam, mengalami gangguan mental.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar, berkata lelaki warga Bangladesh itu telah dihantar ke Hospital Kajang untuk tindakan lanjut.

“Kejadian itu berlaku pada 26 November jam lebih kurang 4.50 petang di jejambat Kampung Baru, Pekan Batu 14 Puchong.

“Suspek disyaki berbangsa Bangladesh, namun tiada butiran pengenalan diri yang dijumpai.

“Setakat ini, suspek ditempatkan di wad psikiatrik Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan susulan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, tular video di media sosial yang memaparkan kejadian berlaku ketika lori berkenaan berada di jalan raya dengan keadaan trafik agak sesak.

Lelaki itu memanjat bahagian depan sebuah lori dengan kakinya memijak penggilap cermin (wiper) kenderaan terbabit dan terus berpaut pada lori berkenaan walaupun pemandunya menggerakkan kenderaan.

Warga asing itu berjaya ditahan oleh beberapa penunggang motosikal selepas terbaring di atas jalan raya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here