Lelaki maut dikelar dua rakan guna kunci

0
1

SEORANG lelaki berusia 34 tahun dijumpai mati dengan kesan kelar di leher dipercayai dilakukan dua rakannya menggunakan kunci dalam kejadian di sebuah hotel di bandar Johor Bahru, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kes itu berjaya diselesaikan dalam masa kurang satu jam selepas kejadian itu berlaku setelah kedua-dua suspek berjaya ditahan pada pukul 10 malam.

Jelasnya suspek berusia 23 dan 31 tahun yang mempunyai rekod jenayah mengaku membunuh mangsa yang juga rakan mereka dengan mengelarnya menggunakan kunci dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Suspek direman sehingga tujuh hari bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here