Bekas Ketua Polis Negeri Sembilan, Perak meninggal dunia akibat Covid-19

0
1

BEKAS Ketua Polis Negeri Sembilan dan Perak, Datuk Osman Salleh meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban, hari ini akibat jangkitan virus Covid-19.

Berita duka itu dimaklumkan menerusi hantaran di laman Facebook anaknya, Dr Mohd Hafiz Osman.

“Innalillahiwainnailaihirojiun, Assalamualaikum semua..dukacita dimaklumkan, ayahanda saya, Osman Bin Salleh telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 12.51 tengah hari tadi di Hospital Tuanku Jaafar,” katanya dalam hantaran itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham.

“Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham yang meninggal dunia di HTJ, Negeri Sembilan tengah hari tadi.

“Allahyarham yang mencurahkan bakti selama 41 tahun dalam Pasukan, dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Perak pada tahun 2014 sebelum menjalani persaraan wajib pada tahun 2016 dengan pangkat Komisioner Polis.

“Didoakan agar roh Allahyarham Dato’ Osman Hj. Salleh dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang yang beriman serta beramal soleh,” kata – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here