45 kematian baharu Covid-19

0
1
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia mula mencangkul tanah untuk menanam jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

SEBANYAK 45 kes kematian Covid-19 direkodkan semalam, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia kini mencecah angka 30,240.

Berdasarkan perincian GitHub, 10 daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Perak dan Sabah masing-masing mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu lapan kes, diikuti Johor dengan lima kes, manakala Kelantan, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing empat kes.

Sarawak dan Terengganu pula masing-masing merekodkan tiga kes dan Negeri Sembilan serta Perlis masing-masing satu kes.

Sementara itu, tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Melaka, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 67,547 kes aktif dilaporkan, termasuk 519 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 267 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Manakala, sebanyak 6,664 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,614,480. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here