“Rasa macam kali terakhir bersama kakak” – Fauziah Nordin

0
1

WANITA mengandung yang dipercayai dipukul suami hingga koma dalam kejadian di Johor pada Mei lalu, dijangka akan melahirkan anak dalam masa terdekat.

Adiknya, Fauziah Nordin, 40, berkata Jahidah Nordin,43, yang dijaga di rumahnya di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan kini ditahan di wad Hospital Tunku Jaafar.

“Kenapa rasa tak sanggup tinggalkan kakak kat wad. Tak sangka hari ini pakar terus nak tahan kakak kat wad sebab kakak pesakit risiko tinggi dan nak kena bius penuh.

“Terlalu banyak risiko kat kakak..Ya Allah..kenapa berat sangat nak lepaskan kakak..rasa macam kali terakhir bersama kakak,” tulisnya dalam video yang kongsikan di aplikasi TikTok dan Facebooknya.

Sebelum ini, Fauziah memaklumkan kakaknya itu dijangka melahirkan anaknya pada awal Disember ini.

Sementara itu, warganet mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan Jahidah termasuk selamat melahirkan anak.

Dalam kejadian pada 4 Mei lalu, seorang kakitangan awam sebuah jabatan kerajaan di Johor bertarung nyawa selepas parah dipukul suaminya.

Mangsa yang hamil empat minggu itu mengalami kecederaan parah di kepala sehingga sebahagian tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya.

Kejadian yang menimpa wanita itu menjadi tular selepas adik mangsa, memuat naik keadaan kakaknya di laman sosial.

Susulan itu, suspek kes berkenaan ditahan dan telah didakwa mahkamah, namun mengaku tidak bersalah mencederakan isterinya.

Rosmaini Abd Raof, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mabel Sheela Victor Mutiah di Mahkamah Sesyen Johor pada 17 Jun lalu.

Terdahulu, suspek yang merupakan peniaga ditahan di tepi jalan kawasan Taman Bukit Angsana, Kuala Lumpur ketika keluar membeli makanan sebelum direman enam hari bermula 12 Jun lalu. – Malaysiapost

Kredit Foto: Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here