PRN Melaka: ‘Kalah menang adat pertandingan’ – Mas Ermieyati

0
2

CALON Ketua Menteri Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang kecundang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara semalam, menyifatkan kekalahan itu sebagai adat pertandingan.

Justeru, Mas Ermieyati berkata, fokus utama beliau kini hanyalah terus berkhidmat dan menjalankan amanah yang sedia ada demi kesejahteraan rakyat.

“Kalah menang adat pertandingan. Khidmat kepada masyarakat tetap diteruskan. Amanah yang ada tetap perlu dilaksanakan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), termasuk pasukan keselamatan dan semua yang menjayakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Terdahulu, dalam PRN Melaka, Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Berdasarkan keputusan, Mas Ermieyati memperoleh 3,195 undi berbanding 3,558 diraih Ab Rauf.

Calon Pakatan Harapan (PH), Zainal Hassan pula sekadar memperoleh 489 undi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here