PRN Melaka bukti demokrasi negara lebih positif

0
2
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/05/337355/beli-penonton-fb-metrotv

Dr Noor Nirwandy Mat Noordin

WALAUPUN peratusan keluar mengundi tidak menepati sasaran Suruhanjaya Pilihanraya tetapi prosedur operasi standard (SOP) yang dirancang dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan memperlihatkan negara mampu mengadaptasi norma terkini dalam memastikan amalan demokrasi dan kepentingan negara berjaya dilaksanakan.

Apa yang lebih penting adalah kempen digital tanpa bersemuka telah berjaya mewujudkan segmentasi baru dalam perang saraf gerak saraf dan propaganda politik.

Kreativiti serta ekplorasi idea positif calon parti politik untuk mendekati masyarakat pengundi secara maya membina tatacara baru kempen politik negara.

Inovasi perang saraf dan gerak saraf serta propaganda politik pada kempen PRU Negeri Melaka dilihat lebih positif oleh calon-calon yang bertanding.

Propaganda politik seperti pembunuhan karakter, sindiran melampau, tohmahan dan lain -lain pendekatatan perang saraf dan gerak saraf secara negatif tidak lagi digunakan oleh calon-calon yang bertanding khususnya di kalangan muka baru politik negara.

Pembaharuan ini perlu dikekalkan kerana propaganda politik serta gerak saraf yang terbaik adalah kempen yang positif dan berkepentingan rakyat sepenuhnya.

Teras Keselamatan Negara melalui Dasar Keselamatan Negara oleh Majlis Keselamatan Negara juga menggariskan kepentingan kestabilan sosio politik antaranya adalah melalui membudayakan persekitaran politik sihat dan matang.

Keselamatan politik perlu dijayakan oleh calon serta pemimpin parti untuk terus meyakinkan masyarakat terhadap kemampuan ahli politik negara melalui kempen propaganda serta gerak saraf positif berkepentingan rakyat.

Penulis adalah Penganalisis Keselamatan & Politik Pusat Pengajian Perang Saraf & Informasi UiTM

(Artikel ini disiarkan tanpa suntingan dan ia tidak semestinya mewakili pendirian Malaysiapost)

Kredit Foto: Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here