‘Saya akan berkhidmat walau bukan wakil rakyat’ – Farzana

0
2

CALON termuda Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Farzana Hayani Mohd Nasir akan terus berkhidmat kepada masyarakat kawasan itu, meskipun bukan sebagai wakil rakyat.

“Alhamdulillah, syukur kita sudah selesai mengundi dan memilih barisan kepimpinan yang mewakili suara kita bagi lima tahun akan datang.

“Secara peribadi saya akan terus berkhidmat kepada masyarakat demi kemajuan Sungai Rambai,” katanya menerusi ciapan di Twitter semalam.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada jentera PH yang bekerja keras membantu dirinya sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini.

“Saya juga turut ingin berterima kasih kepada semua pengundi Harapan di Sungai Rambai.

“Sokongan yang diberi sangat mengujakan serta menjadi motivasi kepada saya untuk terus berkhidmat,” katanya.

Farzana Hayani tersungkur dalam pertandingan empat penjuru di DUN berkenaan.

Calon berusia 21 tahun yang juga Ketua Srikandi Keadilan Melaka dan mahasiswa Universiti Teknologi MARA itu tewas kepada calon Barisan Nasional, Siti Faizah Abdul Azis yang berjaya mempertahankan kerusi BN di DUN tersebut.

Siti Faizah meraih 3,794 undi mengatasi calon Perikatan Nasional, Muhammad Jefri Safry yang memperoleh 2,664 undi manakala Farzana Haryani (PH) mendapat 1,356 undi.

Sementara itu, calon Putra, Nazatul Asyraf Md Dom hanya meraih 84 undi. – Malaysiapost

Kredit Foto: Twitter/Farzana Hayani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here