Najib minta Tengku Zafrul tekan ‘butang’ i-Citra RM10,000

0
2
https://t.me/najib_razak

SELEPAS Barisan Nasional (BN) menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam, Datuk Seri Najib Razak menyuruh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menekan segera ‘butang’ i-Citra RM10,000.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Najib turut meletak ‘tag’ kepada Facebook Tengku Zafrul.

“Tengku Zafrul, Kasi tekan butang i-Citra RM10k secepat mungkin,” katanya.

Hantaran Najib itu, dipercayai sindiran kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan beliau hanya perlu menekan ‘butang’ untuk melihat kerajaan negeri Johor tumbang.

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menyelar tindakan Veteran Umno, Tan Sri Shahrir Samad yang mencabar Bersatu menarik sokongan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Muhyiddin menyifatkan cabaran itu sebagai ‘kurang bijak’,jelas berang dengan kenyataan Shahrir yang disifatkan memberi risiko keselamatan rakyat Johor yang mungkin menyebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN), jika Bersatu menarik sokongan.

“(Cabaran) itu berniat jahat. Shahrir nak macam mana berlaku di Melaka, berlaku di Johor.

“Jangan cabar saya. Sekarang saya boleh tekan semua butang, semua jatuh. Kamu nak itu berlaku? Saya tak takut, tapi saya fikirkan nasib rakyat Johor,” kata Muhyiddin.

Sementara itu, dalam hantaran lain, Najib meminta wakil rakyat BN di Melaka tidak mensia-siakan kepercayaan diberikan rakyat.

“Kemenangan besar bukti rakyat yakin terhadap BN. Saya percaya di bawah kerajaan baru ini akan membawa Melaka kearah aman, stabil dan makmur,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Telegram/Najib Razak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here