BN menang besar di Melaka, Zahida akui sebak

0
2

KEMENANGAN besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menyentuh hari dan sebak Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan.

Menerusi hantaran Facebooknya, beliau yang menzahirkan rasa syukur di atas kemenangan itu, mengakui merasa hiba dan dalam masa sama gembira terhadap pencapaian BN dalam PRN tersebut.

“Apa lagi nak dikata, sangat hiba. Tanpa disedari air mata mengalir. Gembira tak terkata atas kemenangan yang luar biasa.

“Bukan untuk bermegah dan mendabik dada,namun insaf dan sedar bahawa tidak ada yang kekal. Nikmat diberi Tuhan boleh diambil pada bila-bila masa,” katanya.

Jelas Zahida, beliau terharu kerana ‘kuasa’ yang hilang sebelum ini dikembalikan semula dalam PRN Melaka.

“Semoga kemenangan ini kemenangan yang diberkati untuk kita semua menabur bakti.

“Melaka negeri kecil tetapi rakyatnya berjiwa besar. Mereka bijak menilai yang mana intan dan yang mana kaca..

“Terima kasih Melaka! Terima Kasih atas kepercayaan diberikan kepada Barisan Nasional,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here