Covid-19: 38 kematian baharu, 5 BID

0
2
Jenazah covid-19 ditutup dengan keranda selepas dimasukkan ke dalam kubur di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

SEBANYAK 38 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 29,978 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, lima daripada 38 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Setakat tengah malam tadi, terdapat 69,485 kes aktif Covid-19 di seluruh negara. – Malaysiapost

Daripada jumlah tersebut, seramai 55,346 individu atau 79.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 8,004 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, terdapat 5,606 kes dirawat di hospital dan 529 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 261 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here