DATUK Norhizam Hassan Baktee atau lebih dikenali sebagai Yb Viral dikatakan hampir kalah dalam usaha mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu.
Setakat jam 7.25 petang tadi, Norhizam hanya memperoleh 304 undi, ketinggalan jauh berbanding calon lain.
Calon Barisan Nasional, Datuk Kalsom Nordin mendahului dengan 1,253 undi dan diekori rapat calon PH, Muhamad Danish Zainudin yang menerima 1,149 undi.
Ia disusuli calon PN, Mohd Azrudin Md Idris yang mendapat 620 undi dan kemudian Norhizam manakala calon PUTRA, Dr Mohd Aluwi Sari hanya mendapat 27 undi.
Norhizam antara empat Ahli Dewan Undangan yang menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada 4 Oktober lalu.
Tindakan itu menyebabkan Kerajaan Melaka jatuh dan membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri.-Malaysiapost

