CALON Ketua Menteri Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin gagal dalam usahanya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.
Ahli Parlimen Masjid Tanah itu tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Mas Ermieyati memperoleh 3,195 undi berbanding 3,558 diraih Ab Rauf.
Calon Pakatan Harapan (PH), Zainal Hassan pula sekadar memperoleh 489 undi.
Kemenangan Ab Rauf turut diumumkan di Pusat Gerakan BN di Taman Botanikal sebentar tadi. – Malaysiapost

