DATUK Seri Idris Haron sedang ketinggalan kepada calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.
Setakat jam 7.40 malam tadi, Idris memperoleh 1,325 undi berbanding calon BN, Fairul Nizam Roslan dengan 3,200 undi, manakala calon Perikatan Nasional (PN) cuma mendapat 742 undi.
Kerusi DUN Asahan antara menjadi tumpuan susulan ditandingi Idris atas tiket PH mewakili PKR.
Bulan lalu, Idris antara empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menarik sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyebabkan kerajaan negeri ditunjangi BN tumbang. – Malaysiapost

