PRN Melaka: BN dahului di 10 kerusi – Asyraf Wajdi

0
2

BARISAN Nasional (BN) mendahului lawannya, Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) di sekurang-kurangnya 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat jam 7.15 malam tadi.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu hantaran ringkas di Facebooknya.

“Alhamdulillah 10 DUN, BN sedang mendahului. Moga Allah mengurniakan kemenangan kepada BN untuk menubuhkan kerajaan,” tulisnya.

Antara kerusi yang menyaksikan BN mendahului ialah di DUN Merlimau, Klebang, Lendu dan Telok Mas.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka yang juga calon BN DUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dilaporkan menang mengatasi calon PN, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Keputusan tidak rasmi setakat ini menyaksikan Ab Rauf memperoleh 3,559 undi mengatasi Mas Ermieyati, manakala calon PH, Zainal Hassan hanya mendapat 489 undi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here