Polis Melaka siasat tindakan memuat naik kertas undi

0
2
grafik

Syaf Ziyad

POLIS Melaka menjalankan siasatan lanjut berhubung paparan di media sosial mengenai tindakan memuat naik kertas undi dipercayai berlaku semasa proses membuang undi, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, pagi ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali, berkata kejadian itu dikesan pasukan pemantau media sosial sebelum mengambil tindakan susulan.

“Pasukan memantau sosial media mengesan satu posting yang mengambil gambar kertas undi berlaku jam 9.30 pagi tadi yang mana ianya menjadi satu kesalahan.

“Setakat ini laporan tengah dibuat dan kejadian didakwa berlaku di kawasan Bukit Katil,” kata ketika hadir membuat lawatan di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Mas, hari ini.

Mengulas mengenai perjalanan kempen hari ini, Abdul Majid berkata proses pengundian di semua 217 pusat mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

“Setakat ini pemantauan polis mendapati semua pengundi, jentera dan penyokong parti mematuhi norma baharu dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

“Apa yang paling baik sekali proses PRN Melaka ini, langsung tiada barong-barong panas berhampiran pusat mengundi dibuka yang boleh mencetuskan provokasi,” katanya.

Tambahnya, keadaan itu menunjukkan pengundi dan parti-parti politik kini semakin matang dan kejayaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguruskan PRN dengan baik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here