Calon DAP gesa siasat aduan individu dilarang undi

0
2

CALON DAP Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee membangkitkan aduan seorang pengundi di Dewan Bukit Beruang Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya yang didakwa tidak dapat mengundi kerana namanya sudah digunakan.

Beliau berkata, pengadu tersebut dilarang untuk mengundi walaupun terbukti jarinya masih belum dicalit dengan dakwat kekal.

Justeru, Chee Yee menggesa pihak berkuasa menyiasat perkara itu secepat mungkin.

“Wanita ini mengadu kepada kami yang dia belum mengundi dan dicalit dakwat, tetapi namanya telah dipotong. Maka dia tak boleh mengundi kali ini.

“Saya harap perkara ini akan disiasat dan dia akan membuat laporan polis,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Bagaimanapun, pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab di pusat mengundi itu enggan mengulas perkara berkenaan.

Sementara itu, PH dalam sidang media di kawasan DUN Ayer Molek pula mendakwa seorang wakil parti komponennya diarah keluar dari pusat mengundi.

Mohd Bazain Yusof, 66, yang mewakili calon DUN Ayer Molek Mohd Rafee Ibrahim, berkata beliau telah membuat laporan polis berkenaan perkara itu di Balai Polis Kandang.

Difahamkan, dakwaan beliau menyatakan insiden itu berlaku pada jam 10.30 pagi, di mana dia diminta oleh seorang pegawai pilihan raya yang dia perlu beredar selepas dua jam di SK Bendarhara Seri Maharaja Kandang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here