
JANGKITAN harian Covid-19 merekodkan angka di bawah paras 6,000 dengan 5,859 kes dicatatkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif Covid-19 di Malaysia kini mencecah 2,581,747 kes.
Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam kenyataan, hari ini. -Malaysiapost
