Tolak fitnah, berilah mandat kepada BN demi kemakmuran Melaka

0
2

KETUA Wanita Umno, Datuk Dr Noraini Ahmad menyeru para pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka

tidak termakan dengan dakyah fitnah dalam menentukan kerajaan terbaik yang dapat membela nasib rakyat di negeri itu. 

Justeru, beliau menyeru memilih Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan kerana terbukti gabungan itu telah memakmurkan rakyat Melaka selama ini. 

Beliau menjelaskan, sepanjang tempoh berlalunya masa selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 terlalu banyak perkara-perkara yang dahulunya ditaburkan mereka ternyata fitnah.

“Untuk PRU ke-14 lalu banyak sangat fitnah, adu domba, propaganda dan apabila masa berlalu rakyat sendiri dapat melihat bahawa hal-hal yang mereka katanya adalah tidak benar.

“Maka kerana itu katanya, berilah kembali peluang kepada BN untuk mentadbir kerana mereka di sebelah sana adalah pemfitnah,” katanya dalam segmen ‘Gegau Melaka’ yang disiarkan melalui saluran Facebook, malam ini. 

Ujar beliau yang juga Ketua Wanita BN menjelaskan, ternyata khidmat BN masih tetap diperlukan walaupun sebelum ini bergelar pembangkang selepas PRU ke-14.

“Walaupun dalam tempoh 22 bulan PH jadi kerajaan tapi orang masih cari juga UMNO/BN, mereka masih cari Wanita UMNO, membuat aduan, mohon bantuan kerana telah jadi kebiasaan kepada rakyat yang memerlukan UMNO/BN.

“Jadi inilah peluang kepada rakyat Negeri Melaka untuk mengembalikan BN berkhidmat kerana calon-calon BN insyaAllah akan menunaikan janji dan melaksanakan tanggungjawab dengan baik,” katanya. – Malaysiapost

Foto kredit Umno Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here