Rakyat Melaka sedar zaman BN ekonomi rakyat makmur

0
2

BARISAN Nasional (BN) optimis rakyat Melaka akan mengembalikan semula mandat kepada gabungan itu untuk menerajui kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN), esok. 

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sambutan yang luar biasa rakyat Melaka terhadap BN telah memberi gambaran gabungan itu akan menawan semula Melaka pada PRN kali ini, sekali gus bakal memakmurkan kembali ekonomi rakyat. 

“Alhamdulillah, bukan hanya laporan berdasarkan data dan maklum balas, kami yakin calon-calon yang diketengahkan oleh BN akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengundi esok.

“Saya harap pengundi Melaka jangan tersisih dari sama-sama untuk mengundi calon BN.

“Sokongan kepada BN meningkat dan mereka tahu realiti sekarang berdasarkan pencapaian mentadbir negeri Melaka dengan begitu baik berbanding kerajaan sebelum BN mengambil alih,” katanya ketika ditemui media di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pekan Lendu, hari ini 

Sementara itu, Pengerusi BN itu juga sekali lagi mengulangi pendirian parti bahawa calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali adalah sebagai calon Ketua Menteri.

“Kita juga dapati bahawa terdapat perebutan jawatan Ketua Menteri Melaka daripada beberapa parti yang bersaing dengan BN.

“Berbeza dengan kita yang tetap utuh dan kukuh bahawa Ketua Menteri kita adalah Sulaiman Md Ali dan kita lihat di saat-saat akhir ini terlalu banyak isu-isu yang dibangkitkan kita anggap itu adalah yang pernah dimainkan pada Pilihan Raya Umum ke-14. Mantapkan hati kita dan undi 28 calon BN,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here