Rakyat Melaka akan pilih ‘ori’ bukan katak – Puad

0
2

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pengundi Melaka tidak akan ‘terkeliru’ dengan helah Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.

Beliau berkata, PN dilihat gigih untuk meniru BN dalam setiap perkara termasuk logo dan warna bendera parti, selain mengikut jejak langkah BN mengumumkan calon Ketua Menterinya.

“PN semuanya tiruan. Tidak ada yang ori. Umno warna merah, PPBM (Bersatu) tiru warna merah. Umno ada logo Bersatu, PPBM (Bersatu) juga guna nama Bersatu.

“BN warna biru, PN pun warna biru juga (biru pudar). BN ada perkataan nasional, PN pun guna nama nasional juga,” katanya menerusi Facebook.

Mohd Puad berkata, namun helah PN itu tidak mampu memperdaya pengundi Melaka yang diyakininya mampu membezakan antara madu dan racun.

“Itu semua untuk kelirukan rakyat. Tetapi orang buta pun dapat bezakan. Dia tahu madu di tangan kanan dan racun di tangan kiri. Dia tetap pilih BN (madu) di tangan kanan.

“Akhirnya PN tiru BN juga umum calon Ketua Menteri. Apa pun, rakyat Melaka akan pilih yang ori iaitu BN. Bukan pilih katak,” katanya.

Esok baki 482,549 daripada jumlah keseluruhan 495,195 pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka pada PRN Melaka sekali gus membentuk kerajaan di negeri terbabit.

Tumpuan PRN Melaka kali ini, menyaksikan tiga parti utama iaitu BN, PN dan Pakatan Harapan (PH) merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here