
SEORANG doktor pakar kanak-kanak dari Haryana di Utara India, Dr. Manoj Mittal mendakwa najis lembu boleh dimakan dan berkhasiat untuk kesihatan.
Menerusi video tular di Facebook, memaparkan doktor tersebut memakan najis lembu bagi membuktikan dakwaannya.
Mittal berkata, najis lembu sangat bernilai untuk manusia kerana dapat menyucikan dalam badan termasuk jiwa dan fikiran.
Beliau mendakwa bahawa amalan itu akan dapat menghindari penyakit.
Jelasnya lagi, wanita juga perlu memakan tahi lembu untuk bersalin normal supaya mereka dapat mengelak pembedahan.
Sebelum itu, kumpulan pengamal perubatan tradisional di India sudah mengamalkan amalan makan najis lembu yang dipercayai boleh mengubati pelbagai penyakit kritikal termasuk kanser, malah jangkitan Covid-19.
Mittal didakwa menjadi doktor pertama yang mengiktiraf najis lembu sebagai berkhasiat untuk kesihatan. Malaysiapost
