PRN Melaka: ‘Terima kasih ahli PAS kerana sokong saya’ – Sulaiman

0
3
Calon BN DUN N.04 Lendu, Datuk Sulaiman Md Ali #Malakat Tribune

CALON Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berterima kasih kepada ahli PAS yang menyuarakan sokongan kepadanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Kenyataan itu, susulan satu video tular daripada ahli PAS yang menyatakan sokongan kepada Sulaiman selaku calon BN di DUN Lendu.

Jelas Sulaiman, kebanyakan ahli PAS di kampung kelahirannya itu merupakan kawan baiknya sendiri selain bersama satu jemaah di masjid dan surau.

“Kalau seperti mana diumumkan (PAS sokong), syukur Alhamdulillah, terserah kepada mereka, kerana sebelum ini, ketika saya wakil rakyat dan tidak berjawatan sekalipun saya akan membantu semua tanpa mengira dari parti mana.

“Hak seseorang itu jika perlu dibantu, saya akan bantu kerana ia soal kemanusiaan, bukan hanya sebab pilihan raya sahaja.

“Jadi saya ucap terima kasih kepada rakan-rakan jemaah yang menyuarakan hasrat menyokong saya,” katanya.

Sementara itu, Sulaiman berkata, beliau membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Daun kira-kira jam 8 pagi, esok.

Beliau berkata, sekolah itu merupakan tempatnya menimba ilmu suatu ketika dahulu.

“Sama seperti Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) lalu, saya akan mengundi di sekolah saya dahulu di SK Durian Daun.

“Diharap kali ini saya dapat mengundi di dalam kelas yang pernah saya duduki sebelum ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here