Populariti Idris, Nor Azman tak beri sokongan tambahan pada PH

0
2

LARANGAN kempen bersemuka dan ceramah umum menghalang populariti Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan menyumbang kemenangan pada Pakatan Harapan (PH).

Berdasarkan dapatan kajian Pola Pengundian dan Prediksi PRN Melaka oleh Panel Penyelidikan ILHAM Centre yang dibuat di lapangan, mendapati dua tokoh kontroversi itu mengharapkan undi PH ditambah dengan pengaruh personaliti masing-masing walaupun bertembung dengan Barisan Nasional (BN) yang memecat mereka.

“PH juga sebenarnya mengharapkan pengaruh mereka terutama Idris Haron yang merupakan mantan Ketua Menteri dan pelbagai jawatan yang disandang dalam politik dan NGO (badan bukan kerajaan) sebelum ini mampu menyumbang sokongan tambahan kepada PH di kawasan lain.

“Namun begitu, berdasarkan cerapan di lapangan, kami mendapati perkara sebaliknya berlaku. Halangan kempen bersemuka dan ceramah umum menyebabkan dua tokoh ini dan PH tidak mampu memadamkan serangan Umno yang menyifatkan mereka sebagai pengkhianat,” katanya.

Sementara itu, bagi PH pula, penjelasan yang diberikan apabila menerima Idris dan Nor Azman sebagai calon tidak mampu meredakan ketidakpuasan hati pengundi.

Kenyataan tersebut dibuktikan sebanyak 63 peratus responden menolak Idris diterima sebagai calon PH.

Katanya, jentera BN juga dapat mengawal dan merawat elemen-elemen protes yang datang daripada penyokong penyandang yang tidak tercalon semula dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Kebimbangan kami apabila melihat keadaan ini, dengan harapan untuk untuk bertambah undi kepada PH, mungkin akan bertukar menjadi perkara sebaliknya,” katanya.

PH menampilkan 28 calon pada PRN Melaka dengan 11 calon diwakili PKR, sembilan dari Amanah dan lapan calon diwakili DAP. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here