5 lelaki bakar kereta pegawai Kastam ditahan

0
2

POLIS menahan lima lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian membaling cat dan membakar sebuah kereta milik seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sekitar Klang, Selangor, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata kesemua suspek yang berusia lingkungan 30-an hingga 60-an itu ditahan oleh pasukan polis untuk membantu siasatan.

Katanya, empat suspek adalah warga tempatan berusia 30-an manakala seorang lagi berusia 64 tahun ditangkap lewat malam tadi di sekitar Klang.

“Siasatan lanjut mendapati motif perbuatan jenayah itu mempunyai kaitan dengan tugas-tugas Sektor ‘fowarding’ dan Logistik Kastam dan ejen di Pelabuhan Klang,” katanya.

Semalam, media melaporkan sebuah kereta utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 milik seorang pegawai Kastam berusia dalam lingkungan 50-an hangus dipercayai kerana perbuatan khianat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here