Sharifudin Abdul Rahim
TERPANGGIL untuk membantu meringankan beban penduduk yang terkesan akibat Covid-19, Tim Care dan MZ YSS BYHARA anjuran Persatuan Penduduk Taman Keruing, Rasa menganjurkan program jualan ikan segar harga borong yang bermula hari ini hingga Ahad.
Program jualan yang dianjurkan itu bukan sahaja menawarkan harga ikan dan hasil laut pada harga berpatutan, malah memudahkan penduduk sekitar untuk mendapatkan barangan keperluan itu.
Menurut Pengarah MZYSSByharra, Mohd shaiful azlizan, 42, memahami situasi yang melanda rakyat ketika ini pihaknya tampil untuk mengadakan program itu.
“Program ini juga adalah kali kedua di Taman Keruing sejak pandemik Covid-19. Tujuan program ini untuk memudahkan penduduk mendapatkan hasil laut selain dapat membantu mereka dengan membeli secara murah,” katanya kepada Malaysiapost.
Justeru, beliau mengajak penduduk sekitar untuk tidak melepaskan peluang berkenaan.
“Datanglah beramai-ramai, kita bantu mereka untuk dapatkan ikan segar dan hasil laut pada harga borong,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Keruing, Alidza Maarof, 56, berkata, program kali kedua ini diadakan susulan sambutan hangat daripada penduduk.
“Program ini mendapat kerjasama Jabatan Perikanan, jualan ini sedikit sebanyak telah membantu meringankan beban mereka.
“Sambutan alhamdulilah sangat baik, kita juga menyeru penduduk sekitar untuk tidak melepaskan peluang kali ini,” katanya. – Malaysiapost











Timbalan pengerusi Persatuan Penduduk Taman Keruing.


