Pembangkang kaji semula MoU dengan kerajaan

0
1
https://twitter.com/anwaribrahim/status/1461292575130673152/photo/1

PEMBANGKANG akan mengkaji semula memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan susulan pendedahan mengenai kelulusan permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan tanah dan rumah dianggar bernilai RM100 juta.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara yang disahkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini bahawa Kabinet sebulat suara telah menerima permohonan itu sangat mengejutkan.

“Perkara ini tidak pernah dibincang atau dimaklumkan kepada kami (pembangkang) dalam sebarang pertemuan dengan wakil pihak kerajaan.

“Pada saat rakyat sedang menderita, tindakan Kabinet untuk ‘menghadiahkan’ tanah dan rumah kepada seorang yang telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah ternyata keputusan yang paling tidak bermoral dan langsung tidak masuk akal.

“Rakyat pasti tidak lupa bagaimana Ahli Parlimen Pekan (Najib) telah mengakibatkan kerajaan dan rakyat Malaysia terpaksa menanggung hutang setinggi RM32 bilion akibat kebobrokan dan kecurangan 1MDB.

“Malah beliau sehingga hari ini tidak dapat menjelaskan bagaimana sejumlah wang dan barang kemas yang dianggarkan bernilai ratusan juta ada dalam milikan beliau dan isteri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Anwar berkata, keputusan yang amat mengejutkan itu memaksa pembangkang untuk mengkaji semula segala bentuk persefahaman yang wujud sehingga kini. – Malaysiapost

Kredit Foto: Twitter/Anwar Ibrahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here