Apa kena mengena benci saya dengan PRN Melaka? – Najib

0
2

“YANG pilihan raya ialah negeri Melaka tapi yang diserang, saya pula?” kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), berkata semua ‘serangan’ yang timbul ketika ini adalah skrip lama untuk menghasut rakyat membencinya untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Najib mendakwa dirinya, malah isterinya sekali lagi dijadikan sasaran utama propaganda-propaganda pihak lawan.

“Cerita permohonan saya untuk diberi kediaman di bawah akta kerajaan yang saya buat pada 2018 selepas PIlihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tiba-tiba dikeluarkan menjelang hari mengundi PRN Melaka.

“Tiba-tiba diberi nilai RM100 juta. Sedangkan ianya tanah kerajaan sedia ada yang diberi kepada saya untuk saya pilih di bawah akta kerajaan. Bukan suruh kerajaan belanja untuk beli bagi saya.

“Saya dan isteri dijadikan bahan untuk Maharaja Lawak Mega. Gambar edit isteri saya pula dijadikan bahan ‘squid game’ DAP. Dan banyak lagi,” luahnya dalam satu hantaran di Facebook.

Ahli Parlimen Pekan itu hairan apabila dijadikan sasaran kerana beliau bukan pun calon di Melaka atau memegang apa-apa jawatan tertinggi dalam Umno.

“Apa kena mengena benci saya dengan PRN Melaka? Apa yang pihak-pihak lawan fikir warga Melaka akan dapat sekiranya mereka benci saya? Apa yang Rakyat Malaysia telah dapat dengan membenci saya selepas PRU-14?

“Ekonomi lebih bagus? Aset-aset negara bertambah? Dividen tabung-tabung simpanan menaik? Kesejahteraan hidup rakyat bertambah baik? Negara lebih stabil dan terancang?

“Pasaran saham lebih baik? Pelaburan asing menaik? Janji-janji manifesto ditepati? Apa sebenarnya?” soalnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here