Papa Zola digugurkan, tiada lagi ‘kebenaran’ dalam BoBoiBoy Movie

0
2

WATAK Papa Zola yang terkenal dengan tagline ‘kebenaran’ akan digugurkan dalam filem animasi BoBoiBoy yang akan datang bagi memberi ruang karakter lain menyerlah.

Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios (MONSTA), Nizam Abdul Razak, berkata keputusan itu dibuat hasil maklum balas daripada orang ramai berhubung watak yang patut digugurkan dalam  BoBoiBoy Movie seterunya.

Menurutnya, dalam filem animasi berkenaan banyak sangat watak yang merebut masa skrin (screen time) dan bergerak ke hadapan ada watak yang perlu digugurkan.

“Selepas membaca komen dan maklum balas anda semua. Sah Papa Zola akan digugurkan untuk BoBoiBoy seterusnya.

“Idea untuk fusionkan Papa Zola dan Gopal pun tidak diterima. Papablo Esgopal sedih,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Dalam satu lagi hantaran, beliau mengakui watak Papa Zola berjaya mencapai objektifnya iaitu watak yang dibenci tetapi juga akan disayangi.

“Kali pertama dapat idea Papa Zola ialah ketika dalam perjalanan dari Jitra ke Shah Alam. Saya fikir nak cipta watak yang ‘bengong’ tetapi masih masuk akal.

“Maka lahirlah idea figura mentor ‘masuk air’ untuk BoBoiBoy iaitu Papa Zola dengan tagline kebenaran.

“Papa Zola perlu berada betul-betil diantara rasa menyampah dan rasa sayang, antara masuk akal dan tak boleh diterima akaal, penuh motivasi tetapi juga penuh lawak basi,” katanya.

Menurutnya, dari komen-komen sebelum dan selama ini, nampaknya watak berkenaan berjaya mencapai objektifnya dengan sesetengah penonton menyampah dan setengah lagi sayang.

“Kepada peminat Papa Zola, jangan risau wahai anak muda! Walaupun Papa Zola tidak akan muncul dalam BoBoiBoy Movie, ini tidak bermakna Kebenaran akan terpadam buat selamanya.

“Papa Zola akan terus beraksi dengan lawak basi dalam siri Papa Pipi dan beberapa perancangan lagi..Memori Kebenaran tidak mungkin boleh dipadam kecuali ketika kamu pitam,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here